PANTUN CEKAK

Lahirnya Cekak kerana kesedaran
Bukan bermusuh sebagai tujuan
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan
Menyesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
Tidak bercampur hak luar negeri
Hendaklah belajar bersungguh hati
Untuk menjaga diri sendiri

Wajiblah menjaga diri sendiri
Menerima amanah Tuhan Rabbi
Supaya menjadi mukmin sejati
Demi mengajak Islam yang suci

Silat Cekak teramatlah mudah
Bagi mereka yang mendapat hidayah
Sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
Pengertian gerak pada batinnya
Hendaklah mahir seluruh anggotanya
Hendaklah jujur pada jiwanya

Sebenar guru ada hakikat
Dikuat dengan amalan syariat
Ditambah pula ilmu makrifat
Berpakaian pula dengan isyarat

Taat ke guru membawa berkat
Sedikit belajar banyak yang dapat
Jika menderhaka menjadi mudarat
Semua ilmu tiada yang lekat

Dua ibu bapa tidak boleh derhaka
Besar jasanya kepada kita
Kalau menderhaka bahaya menimpa
Di akhirat kita masuk neraka
back to top