SEJARAH

Sejarah disampaikan dari mulut ke mulut dan Silat ini diteruskan dari guru ke guru. Silat ini tidaklah disampaikan melalui makhluk2 lain ataupun mimpi.

SALASILAH PERGURUAN

  • Panglima Ismail
  • Panglima Tk Rashid
  • Pak Yahya Said
  • YM Ustaz Hanafi Bin Hj Ahmad
  • En. Ishak Bin Hitam
  • En. Mohd Radzi Hanafi
  • YM En. Marwi Bin Latiff
Salasilah dari Panglima Ismail hingga ke Ustaz Hanafi adalah jelas. Sebelum kematian beliau, beliau tidak menamakan siapakah pengganti beliau.Pendukong Silat Cekak pada masa itu yang terdiri daripada ahli PT, AJK Pusat yang berkhidmat dan dilantik oleh Ustaz Hanafi dan keluarga (MMT), membuat keputusan untuk menunggu 40hari sebelum membuat keputusan.

Ishak Itam berjumpa dengan keluarga Ustaz dan mengatakan bahawa Ustaz memina beliau buat silat ini sementara anak Ustaz cukup umur. Keluarga Ustaz telah mencadangkan Ishak Itam menjadi Guru Utama dan keputusan itu diterima dan pengisytiharan Ishak Itam sebagai Guru Utama telah dibuat pada tahun 1986.

Pada tahun 1993, telah berlaku salah laku yang membabitkan Ishak Itam dari segi akidah da pembawakan. Mohd Radzi telah meminta Ishak Itam menyerahkan kembali silat ini kepadanya dan Ishak Itam telah bersetuju. MMT telah bersidang dan telah mengesahkan tentang salah laku shak Itam dan telah mengesahkan bahawa beliau dengan rela hati telah menyerahkan kembali silat ini kepada Mohd Radzi. MMT juga telah mengisytiharkan Mohd Radzi sebagai Guru Utama pada tahun 1994.

Sewaktu itu, penubuhan MMT telah didokumenkan dan semua ahli MMT telah bersumpah dengan nama Allah secara lisan dan bertulis akan menjalankan tugas untuk kepentingan pergerakan dan akan menerima segala keputusan MMT.

Guru Utama juga telah bersumpah dengan nama Allah untuk menjalankan tanggungjawab dengan baik dan akan  mematuhi segala keputusan MMT.

Pada tahun 1996, telah berlaku kes yang membabitkan Mohd Radzi dan MMT telah mengekalkan beliau selaku Guru Utama walaupun persatuan minta dia diganti.

Pada tahun 2007, MMT telah membuat keputusan menggugurkan Mohd Radzi dari menjadi Guru Utama Silat Cekak Hanafi dan telah menamakan YM En. Marwi Bin Latiff sebagai Guru Utama Silat Cekak Hanafi yang baru.
back to top